Followers

Tuesday, June 22, 2010

MEMILIH TUDUNG SECARA BIJAK

Assalamualaikum semua.

Kali ini Yana akan memberi tips kepada anda dalam membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan tudung. Ini bertujuan agar anda kelihatan lebih anggun dan bergaya. Pemilihan tudung mahupun selendang adalah sangat penting kepada si pemakai. Ini kerana, jika anda tersilap memilih tudung atau selendang, ianya pasti mencacatkan penampilan anda. Penampilan yang sepatutnya cantik sudah pasti akan bertukar menjadi buruk, bukan? Disamping itu juga, sekiranya pemilihan tudung dan selendang dipilih secara bijak pasti menjadikan si pemakai kelihatan lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai. Berikut panduan yang boleh anda semua gunakan ketika mahu membeli tudung mahupun selendang.

1. JENIS FABRIK

  • Anda dinasihatkan untuk mencari tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk dan sesuai dipadankan dengan apa jua baju. Contohnya seperti kain bawal, jojet mahupun lycra.

  • Untuk penggemar tudung kontemporari pula, anda perlulah memilih fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung.

  • Fabrik daripada jenis satin juga dapat menonjolkan corak tudung agar nampak lebih menonjol berbanding fabrik yang lain.

  • Trend hari ini, remaja lebih berminat menggayakan pelbagai jenis fesyen dengan hanya menggunakan selendang.

  • Namun perlu berhati-hati dalam memilih selendang walaupun ianya mempunyai pelbagai jenis corak yang mampu menambat hati si pemaikainya.

  • Ini kerana sekiranya anda tersilap memilih jenis fabriknya, akan menjadikan anda bosan.

  • Nak tau kenapa? Kerana jika fabriknya dari kain yang licin, anda pasti kurang selesa untuk memakainya.

  • Tapi ini tak bermakna anda tidak boleh menggayakannya langsung. Ada penyelesaianya. Gunalah penyembur fabrik yang sesuai. Anda pasti berpuas hati dangannya. Cubalah.

2. WARNA

  • Pemilihan warna adalah sangat penting untuk menaikkan seri wajah anda.

  • Pilihlah warna asas tudung atau selendang mengikut warna kulit kamu.

  • Cuba elakkan daripada memakai tudung atau selendang yang sedondon dengan warna baju.

  • Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya biru, merah, oren, merah jambu, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.

  • Cuba elakkan dari memakai tudung yang berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda seperti sudah berusia.

  • Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh sekiranya warna merah paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung atau selendang yang warna merah.

  • Sekiranya baju anda bercorak, jangan pakai tudung atau selendang yang bercorak. Ini akan membuatkan anda kelihatan lebih selekeh.

  • Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Awas! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.

  • Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Awas! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

  • Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang. Awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.

3. AKSESORI
  • Pilihlah yang bersesuaian dengan anda. Manik juga boleh dijadikan aksesori kepada tudung mahupun selendang anda.
  • Bagi anda yang menggemari aksesori seperti keronsang, rantai labuh mahupun klip tudung, cuba meminimakan penggunaannya. Ini bagi memastikan anda tidak kelihatan terlalu sarat dengan hiasan.
 
bersambung....

2 comments:

  1. assalamualaikom sys..sy da prob ny..x tw nk pleh slendang yg b'corak pew n ssuai ng wna klet sy yg agk gelap..bley tlg jwb?

    ReplyDelete
  2. nanti Yana post kat new post k...
    pemilihan warna mengikut warna kulit