Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, “mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?”
Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.
Pemilihan warna pakaian
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.
1.Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2.Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3.Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4.Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.
Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.
Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.
Pemilihan seluar panjang
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung.
Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.
Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.
Tip berpakaian untuk tubuh berisi
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-
•Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
•Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
•Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
•Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
•Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
•Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.
7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:
1.Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
2.Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
3.Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.
4.Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.
5.Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
6.Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
7.Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.
No comments:
Post a Comment