HAK ISTERI DALAM IKATAN PERKAHWINAN
KHULUK
Dari segi bahasa bermakna cabut atau tanggal.
Dari segi syaraknya Isteri menuntut cerai kepada suaminya dengan bayaran tertentu sebagai gantirugi.
Khuluk juga dikenali sebagai ‘Tebus Talak’. Harus meminta khuluk dari suami oleh isteri, bila mana rasa tidak sesuai yakni jika keadaan suami tidak mengizinkan seperti kekurangan ilmu hal agama, tua, lemah ,perangainya atau sifat dalamannya yang boleh membawa isteri itu salah laku dan melakukan dosa dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya. Khuluk mestilah dibuat atas dasar bersama yakni persetujuan rela hati suami isteri dan bukannya secara paksaan. Isteri yang meminta khuluk jatuh padanya dengan Talak Ba’in yakni perlu akad nikah yang baru jika ingin Rujuk semula.
FASAKH
Maksud dari segi bahasa adalah batal, terlerai. Dari segi syaraknya bermaksud Permintaan isteri bagi membatalkan (nikah) perkahwinannya dengan kuasa Kadi. Diantara sebab isteri yang di bolehkan memohon Fasakh dimahkamah syariah adalah seperti;
kerana suami suka melakukan maksiat,
menghilang diri bagi tempoh lebih 3 bulan,
murtad,
menghidap penyakit berbahaya Aids contohnya,
suami suka memukul lebih dari yang sepatutnya(mendera),
tidak memberi nafkah zahir batin dan nafkah untuk anak,
suami mengahwini wanita yang lain yang masih dalam idah suaminya,
suami berkahwin dengan muhrimnya dalam satu masa dengannya.
Isteri yang meminta Fasakh perlu ber akad nikah yang baru semula jika ingin rujuk.
No comments:
Post a Comment