Followers

Tuesday, December 7, 2010

AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Surah-surah khusus yang baik untuk dibaca serta kesannya:

• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

• Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

• Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

• Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

• Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

• Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

• Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

• Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Insya’ allah berhasil.

http://1khalifah.wordpress.com/category/al-quran/

SEJARAH DAN FADILAT AYAT KURSI

SEJARAH DAN FADILAT AYAT KURSI

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua….. Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

semoga menjadi amalan hidup seharian

Insya Allah..

RENUNGAN UNTUK BAKAL ISTERI DAN ISTERI

RENUNGAN UNTUK BAKAL ISTERI DAN ISTERI

Buat para suami dan bakal suami sila beritahu pada isteri dan bakal isteri……
Renung-renungkan dan selamat beramal…

” Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. ” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: ” Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan .” Aku bertanya, ” Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? “

Baginda menjawab, ” Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. “

MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, ” Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. “

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumahtangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: ” Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? “

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah.. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: ” Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. “

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua… insya’Allah..

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Tanggungjawab Rumahtangga

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Di dalam suatu ikatan perkahwinan;

KEWAJIPAN SUAMI
- membayar mahar.
- adalah sebagai ketua pemimpin tulang belakang bagi keluarganya.
- menggauli isteri dengan cara yang baik.
- hendaklah memberi nafkah (makan, minum, pakaian dan pendidikan) mengikut kemampuan untuk isteri dan anak-anaknya.
- perlu menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk keluarganya.
- berhak menegah isteri dari bermusafir tanpa mahramnya bersama.
- berhak menghalang isteri keluar rumah jika menunjukkan aurat dan perhiasannya kepada orang lain.
- mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menjadi baik.
- bersikap adil terhadap semua isteri jika berpoligami.

Surah annisa ayat 34 : ‘ Apabila seseorang isteri mulai kelihatan tanda akan menderhaka suami, hendaklah diperbetulkan melalui 3 peringkat; pertama, beri nasihat dan petunjuk. Kedua, hendaklah tinggalkannya dari tidur bersama-sama. Ketiga, jika tidak berjaya suami berhak memukulnya dengan pukulan yang tidak mencederakannya.

KEWAJIPAN ISTERI
- hendaklah sentiasa menjamin keselamatan rumahtangga suaminya dan tidak membenarkan lelaki lain masuk ke rumah tanpa izin suaminya.
- bertanggungjawab menjaga ketenangan, kehormatan maruah dan harta benda suami.
- hendaklah mengurus rumah dengan baik.
- tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya melainkan tujuan yang dibenarkan oleh syarak seperti menziarahi kedua ibubapanya.
- hendaklah mentaati suaminya selagi tidak menyuruh melakukan maksiat, kejahatan dan larangan Allah.
- meminta izin suami sekiranya ingin berpuasa sunat.

HAK BERSAMA
- mendalami ilmu Fardu Ain
- berbincang bersama dan mencapai kata sepakat dalam semua perkara.
- jujur dan saling memaafi.
- tolong menolong bagi hal kebajikan.
- Solat berjamaah sekeluarga.
- menghormati dan mengeratkan silaturrahim bagi kedua pihak dan mertua.

HIKMAT PERKAHWINAN
- Melahirkan ketenteraman jiwa.
- Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang.
- Menjauhi dari terjerumus ke lembah maksiat dan perzinaan.
- Melahirkan zuriat yang baik dan bersih.

Apa Hak Isteri?

HAK ISTERI DALAM IKATAN PERKAHWINAN

KHULUK

Dari segi bahasa bermakna cabut atau tanggal.
Dari segi syaraknya Isteri menuntut cerai kepada suaminya dengan bayaran tertentu sebagai gantirugi.
Khuluk juga dikenali sebagai ‘Tebus Talak’. Harus meminta khuluk dari suami oleh isteri, bila mana rasa tidak sesuai yakni jika keadaan suami tidak mengizinkan seperti kekurangan ilmu hal agama, tua, lemah ,perangainya atau sifat dalamannya yang boleh membawa isteri itu salah laku dan melakukan dosa dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya. Khuluk mestilah dibuat atas dasar bersama yakni persetujuan rela hati suami isteri dan bukannya secara paksaan. Isteri yang meminta khuluk jatuh padanya dengan Talak Ba’in yakni perlu akad nikah yang baru jika ingin Rujuk semula.

FASAKH
Maksud dari segi bahasa adalah batal, terlerai. Dari segi syaraknya bermaksud Permintaan isteri bagi membatalkan (nikah) perkahwinannya dengan kuasa Kadi. Diantara sebab isteri yang di bolehkan memohon Fasakh dimahkamah syariah adalah seperti;

kerana suami suka melakukan maksiat,
menghilang diri bagi tempoh lebih 3 bulan, 
murtad,
menghidap penyakit berbahaya Aids contohnya,
suami suka memukul lebih dari yang sepatutnya(mendera),
tidak memberi nafkah zahir batin dan nafkah untuk anak,
suami mengahwini wanita yang lain yang masih dalam idah suaminya,
suami berkahwin dengan muhrimnya dalam satu masa dengannya.

Isteri yang meminta Fasakh perlu ber akad nikah yang baru semula jika ingin rujuk.

63 PETUA BAHAGIA DR FADHILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Ketahui Beza Lelaki dan Perempuan

KAU LELAKI, AKU WANITA

Susah sangat ke nak jadi wanita yang baik?
dan banyak sangat ke amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul?

Jawapannyer: memang tidak susah dan memang banyak,

Bagaimana? bacalah: –

1. Lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.
BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tidak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.

1 – wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 – wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 – wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 – wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 – wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 – wanita wajib taat kepada suaminya.

7 – talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8 – wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan?
itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:

1. Isterinya,
2. ibunya,
3. anak perempuannya
4. dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja:

1. Sembahyang 5 waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya
4. dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH, sayangnya ALLAH pada wanita.

WALLAHUA’LAM

HAK SUAMI KE ATAS DUIT ISTERI

HAK SUAMI KE ATAS DUIT ISTERI

Assalamu’alaikum Ustaz,
Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya
kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit
isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di sini
saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami?
Sebab ada rakan lelaki sya berkata duit isteri pun, perlu mintak
kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab.
terimakasih.

JAWAPAN:

Wa’alaikumussalaam Warohmatullah

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami.
Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi
kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian.

Tetapi apa yang
boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik,
understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar
bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari
pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga….susah senang
sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan
suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak
suami mesti memenuhi segala kewajipan dia.

Si suami pula, jika isteri
sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia
membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga
ke syurga.

Syarak melarang suami
yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan
isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri
tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang
tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya,
syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang
berkemampuan dari segi kewangan.

Suami yang mampu, tidak boleh
mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring
ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau
boring, baca Qur’an, khatamkan Qur’an, zikir, muhasabah diri, ingat mati
lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka
rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri
kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.
Saya menolak pendapat “ustaz” kursus rumahtangga itu yang berkata duit
isteri…isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban
kewangan.

1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta
ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak,
suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri
untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan
beban kewangan.

2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar
bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit
itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.

Bagi suamipula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri
apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.
Muafakatlah,kerana ia membawa berkat.

Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si
suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat
fitrah kepada suami.

Wallaahu a’lam.
Syukran.
UnzhurMaa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
AlHaqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
AbdulManaf Bin Abdul Gani

Ciri-ciri isteri solehah

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

SOALAN:
KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, “syurga di bawah tapak kaki ibu”. Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?

JAWAPAN:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.

Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan- Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah, zikir dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah dan buruk yang boleh menghakis sifat-sifat mulia dalam diri.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar dan lain2 lagi.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha”. (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: “Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: “Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)”.

Baginda bersabda bermaksud: “Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu ibarat seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya” . (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenanginya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah seperti puasa yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri semua pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami redha padanya. (riwayat Muslim no. 1436

Berapa Harga Isteri Anda?

Mulianya seorang isteri disisi Allah… Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda sayangilah mereka…….

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan…. jadi ‘kilang ‘ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,

Bila dah bersalin tu, susukanlah anak…jgn takut “kendur” atau menggelebeh pulak… Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami…”offer” lah pada suami ,

Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala …jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,

Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita berpegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah… ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat..

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon,

She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

“Wahai Tuhan…
ku tak layak ke syurgamu …
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ….

“Ya Allah…
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”……

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illallah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):
“Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”

10 CIRI WANITA PILIHAN

Assalamu’alaikum

“Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.”
Seramai-ramai wanita di muka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi WANITA PILIHAN DI MATA ALLAH?

MENUTUP AURAT

Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.

MENJAGA AKHLAK

Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insya-Allah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

CARA BERCAKAP

Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

TAAT

Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

SUKA MENDENGAR

Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.

JAGA PANDANGAN MATA

Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang kearah bahagian telinganya.

JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.

HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI

Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.

WANITA PUNYA HAK

Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.

PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.

Dengan kesepuluh-sepuluh ciri ini, insya-Allah kita sebagai wanita akan tetap menjadi WANITA PILIHAN-NYA.

Petua Kurus dan Langsing

Masalah Berat yang Berlebihan?

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya:

MINUM AIR LIMAU NIPIS/KASTURI

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.

Caranya:
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

AIR TEH CINA

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

AIR ASAM JAWA

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya:
Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

TURUNKAN BERAT BADAN

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

BADAN LANGSING SELEPAS BERSALIN

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

KURANGKAN BUNCIT

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

KEMPISKAN PERUT 1

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

KEMPISKAN PERUT 2

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Petua Suami tidak lari

1. Sentiasa kemas dan bersih
2. Tunjuk wajah ceria dan manis walau isteri penat
3. Elak sikap moody masam muka bila bersama suami
4. Diam dengar suami bercakap, jangan menyampuk percakapannya
5. Dangar respon dan layan perbualan suami walau topik isteri tidak minati
6. Bercakap dengan nada yang lembut bukan dengan marah atau menengking
7.Pabila suami marah hendaklah berdiam, jangan suka menjawab
8. Jangan cepat merajuk pabila diusik suami
9. Bergurau sendalah dengan suami tapi jangan melampau
10.Jangan lengah dan cepatlah bertindak pabila suami berhajat sesuatu
11.Dahulukan kehendak suami dari anak-anak
12. Minta izin suami sebelum keluar rumah dan maklumkan dimana anda pergi supaya suami tidak risau
13. MInta izin suami sebelum menggunakan harta suami bukannya selepas guna
14. Jangan biar rumah selerak walau anda sesibuk mana pun
15. Masak hidangan kegemaran suami
16. Sediakan air minum suami tanpa tunggu diminta
17.Sediakan apa yang dirasa barang keperluan suami dan jangan kecil hati jika tidak digunakan
18. Jahit butang atau pakaian suami yang terkoyak segera, memberi petanda anda pandai mengurus suami
19.Potong kuku suami pabila panjang pada hari isnin, khamis atau jumaat
20.cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar rumah sebagai tanda cinta dan hormatinya
21. Elakkan perbuatan yang menyusahkan suami spt gaduh dgn jiran atau menambah hutang tanpa berbincang
22.Hargai pemberian suami walau murah dan kecil, jangan tolak
23.Jangan berat mulut menyatakan sayang pada suami, biar suami tahu anda mencintainya
24.Penuhi dan layan keperluan batin suami, jangan tolak walau isteri penat atau membiar suami lama menunggu sehingga tertidur
25. Saat suami masuk tidur segera ikutinya, Jangan biar suami tidur sendiri
26. Minta maaf dengan ikhlas pada suami setiap hari walaupun isteri rasakan tidak perbuat kesalahan
27. Jaga kehormatan diri dan jaga harta benda suami semasa ketiadaan suami.

Isteri ikut petua di atas Aman rumahtangga. Insyaallah.

21 Petua mencantikkan wajah

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR

Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

Rahsia pengerat suami isteri

satu tip untuk semua isteri, amalkan membaca ayat 200 dari surah ALI ‘IMRAN semasa memasak dan membancuh air, agar sentiasa disayangi dan diingati oleh sesiapa saja yang makan dan minum hasil air tangan kita…

Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian. Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik’2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).

Perkara kedua ialah tentang bilik tidur. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia gak tu) 

“bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan isteri sendiri yg mengemasnya!!

Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

AIR TANGAN!!!! atau SENTUHAN TANGAN!! Itulah rahsianya, sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib. Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada kasih sayang. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Ilmu suami isteri

Monday, December 6, 2010

myMetro | Ambil wuduk selepas mandi hadas

myMetro | Menyusu boleh langsing badan

myMetro | Menyusu boleh langsing badan

myMetro | Hukum pakai gigi palsu

myMetro | Hukum pakai gigi palsu

myMetro | Berjimak selepas subuh Ramadan

myMetro | Beza harta sepencarian, nafkah

myMetro | Gigitan cinta tidak jejas solat

myMetro | Rujuk tanpa saksi tetap sah

myMetro | Rujuk tanpa saksi tetap sah

myMetro | Hukum ayat al-Quran pada kad kad kahwin